Fungsi Utama
- Merancang, melaksanakan dan menilai semula dasar serta strategi bajet pembangunan untuk memastikan dasar dan strategi tersebut selaras dengan dasar Rancangan Pembangunan;
- Menilai dan menyemak keberkesanan dasar dan strategi perancangan program serta projek bagi memastikan pelan jangka panjang yang bersepadu dan terselaras dapat disediakan;
- Mengkoordinasikan pengagihan peruntukan siling bajet pembangunan dalam pelan bergulir untuk Rancangan Pembangunan Malaysia;
- Memantau dan menilai status keseluruhan pelaksanaan program dan projek termasuk prestasi kewangan, fizikal dan hasil;
- Menilai, memproses dan mengesahkan permohonan pemberitahuan perubahan secara dalam talian dari kementerian dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas menerima maklumat lengkap;
- Mengenal pasti keperluan latihan untuk program perancangan dan projek Kementerian serta agensi untuk membuat cadangan mengenai kandungan dan bentuk latihan yang sesuai;
- Memberikan perkhidmatan nasihat kepada Kementerian dan agensi dalam aspek perancangan program dan projek, pengagihan bajet pembangunan dan pelaksanaan pendekatan berasaskan hasil; dan
- Mengkoordinasikan dan memantau prestasi Inisiatif Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
- Mengkoordinasikan pengagihan siling peruntukan pembangunan untuk program dan projek dalam pelan bergulir setiap tahun untuk Rancangan Pembangunan Malaysia;
- Memberikan garis panduan pemeriksaan bajet pembangunan untuk setiap Rancangan Pembangunan Malaysia;
- Menilai, memproses dan mengesahkan permohonan pemberitahuan perubahan secara dalam talian dari kementerian dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas menerima maklumat lengkap;
- Memberikan komen terhadap Memorandum Kabinet Menteri dalam tempoh dua (2) minggu;
- Memberikan maklum balas terhadap keputusan Majlis Menteri, Majlis Ekonomi dan Y.B. Menteri dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh arahan;
- Memberikan perkhidmatan nasihat profesional dalam aspek perancangan program dan projek, pengagihan bajet pembangunan dan pelaksanaan pendekatan berasaskan hasil; dan
- Kami bersedia menerima pandangan membina dari pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan mesra pelanggan.
Hubungi Kami
Pengarah
Bahagian Bajet Pembangunan
Kementerian Ekonomi
Aras 1, Kuadran 2, Menara Prisma
No.26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-80902626
Faks : -