Penubuhan Unit Audit Dalam adalah ditetapkan melalui kehendak Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PS 3.1 (Pelaksanaan Audit Dalam Di Kementerian atau Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri) dan surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertarikh 5 Mei 2009. Unit Audit Dalam menjalankan tugas secara bebas dan berperanan untuk membantu pihak pengurusan memantapkan lagi akauntabiliti, tadbir urus dan integriti dengan memberikan kepastian yang munasabah melalui Laporan Audit yang objektif. Selain itu, Unit Audit Dalam juga memberikan khidmat perundingan kepada Auditi melalui ceramah/bengkel bagi mempertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan tadbir urus organisasi serta perbelanjaan secara berhemat.

 

Maklumat Perkhidmatan

Unit Audit Dalam, Kementerian Ekonomi adalah bertanggungjawab untuk:

  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
  • Mengkaji tahap kepatuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa;
  • Mengkaji program/aktiviti diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
  • Mengkaji aset dan kepentingan dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
  • Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua prosedur operasi dan sistem aplikasi ICT;
  • Melaporkan hasil pengauditan dan memantau tindakan susulan diambil oleh pihak pengurusan terhadap perkara yang dibangkitkan.

  • Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan kepada Standard Pengauditan Antarabangsa;
  • Rancangan Tahunan Audit Dalam hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Januari tahun semasa; dan
  • Laporan Tahunan Audit Dalam hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya.

  • EN. ILYAS SHUKRI BIN KHODORI

    JURUAUDIT 0380917315 ilyas.khodori@ekonomi.gov.my

    EN. MOHAMAD FARED BIN MOHAMAD RASAT

    JURUAUDIT fared.rasat@ekonomi.gov.my

    EN. MOHD FAZRULL BIN AZAHAR

    JURUAUDIT fazrull.azahar@ekonomi.gov.my

    PN. SITI NOORSHARIMA BINTI MOHAMAD

    PENOLONG JURUAUDIT sharima.mohamad@ekonomi.gov.my

    PN. NUR AIN BINTI ABDULLAH

    PENOLONG JURUAUDIT - ain.abdullah@ekonomi.gov.my

    PN. MIMI NORIDAYU BINTI MOHD NOOR

    PENOLONG JURUAUDIT mimi.noor@ekonomi.gov.my
  • CIK NURAZLINDA BINTI OTHMAN

    PEMBANTU TADBIR 0380917315 nurazlinda.othman@ekonomi.gov.my

Hubungi Kami

Unit Audit Dalam
Kementerian Ekonomi
Aras 2, Block F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 W.P Putrajaya