Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan menyediakan perkhidmatan yang efisien dan efektif, profesional, utuh dan unggul seperti berikut:
- 1
Perancangan Pembangunan Sosioekonomi Negara
Merancang pembangunan sosioekonomi negara ke arah mencapai kemakmuran, inklusiviti dan kemampanan. - 2
Penyediaan Rancangan Malaysia Lima Tahun
Menyediakan dokumen Rancangan Malaysia untuk setiap tempoh 5 tahun. - 3
Penyediaan Bajet Rolling Plan
Permohonan Projek/Program Belanja Pembangunan di bawah Rolling Plan dibuka pada 1 Mac hingga 31 Mac setiap tahun. - 4
Penyediaan Kertas Dasar dan Kertas Jemaah Menteri
Menyediakan kertas dasar dan kertas Jemaah Menteri berdasarkan keperluan dan arahan yang diberikan oleh pemegang taruh. - 5
Meluluskan Permohonan Notis Perubahan Projek Pembangunan
Meluluskan permohonan notis perubahan projek pembangunan dalam masa 7 hari bekerja melalui sistem My Projek setelah permohonan lengkap diproses sepenuhnya. - 6
Meluluskan Permohonan Perolehan Hartanah oleh Syarikat dan Agensi Kerajaan
Memberi kelulusan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas menerima permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat untuk perolehan hartanah oleh syarikat dan agensi kerajaan. - 7
Meluluskan Permohonan Penyelidikan di Malaysia
Memberi kelulusan dalam tempoh 7 hari bekerja (selepas menerima ulasan dan kelulusan daripada agensi-agensi rujukan) kepada permohonan yang lengkap untuk menjalankan aktiviti penyelidikan di Malaysia.