Survei Pendapatan Isi Rumah (HIS) merupakan salah satu survei yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Survei ini dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun 1973 dan seterusnya dijalankan pada kekerapan dua kali setiap lima tahun, iaitu dua survei dalam setiap tempoh Rancangan Pembangunan Malaysia. Objektif utama HIS adalah untuk mengukur kesejahteraan ekonomi penduduk; mengumpul maklumat mengenai pola taburan pendapatan isi rumah mengikut pelbagai ciri sosio ekonomi dan menyediakan data asas bagi pengiraan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Statistik pendapatan dan kemiskinan isi rumah digunakan bagi penggubalan dasar dan pelan pembangunan terutama untuk strategi serta program pembasmian kemiskinan dan agihan pendapatan. Statistik perbelanjaan isi rumah diperoleh daripada Survei Perbelanjaan Isi Rumah (HES) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Objektif utama survei ini adalah untuk mengumpul maklumat tentang paras dan corak perbelanjaan penggunaan oleh isi rumah ke atas pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan, asas bagi menentukan jenis barangan dan perkhidmatan yang akan dimasukkan dalam bakul Indeks Harga Pengguna (IHP) dan digunakan untuk mengemaskini wajaran IHP.
Statistik Siri Masa Pengagihan Pendapatan Isi Rumah, Kemiskinan dan Perbelanjaan Isi Rumah, 1970-2022
- Jadual 1 - Bilangan isi rumah mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1995-2022
- Jadual 2 - Peratusan isi rumah mengikut kelas pendapatan kasar isi rumah bulanan dan strata, Malaysia, 1970-2022
- Jadual 3 - Pendapatan isi rumah kasar bulanan purata mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1970-2022
- Jadual 4 - Pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1970-2022
- Jadual 5 - Agihan pendapatan kumpulan isi rumah mengikut kumpulan etnik dan strata, Malaysia, 1970-2022
- Jadual 6 - Pendapatan isi rumah kasar bulanan purata kumpulan isi rumah mengikut kumpulan etnik dan strata, Malaysia, 1970-2022
- Jadual 7 - Pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah kumpulan isi rumah mengikut kumpulan etnik dan strata, Malaysia, 1974-2022
- Jadual 8 - Insiden kemiskinan mutlak mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1970-2022
- Jadual 9 - Insiden kemiskinan relatif mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1995-2022
- Jadual 10 - Insiden kemiskinan tegar mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1984-2022
- Jadual 11 - Pekali Gini mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1970-2022
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai data di atas, sila hubungi :
Bahagian Pembangunan Ekuiti
Kementerian Ekonomi
Aras 7, Menara Prisma, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P Putrajaya