Statistik Sosio – Ekonomi mengandungi lima sub topik utama yang mengandungi maklumat berkenaan dengan perihal ekonomi dari segi statistik dan sebagainya. Lima sub topik tersebut ialah Ekonomi Malaysia Dalam Angka (MEIF), Petunjuk Ekonomi Terkini, Penerbitan Statistik Ekonomi, Pendapatan Isi Rumah, Kemiskinan dan Perbelanjaan Isi Rumah serta Petunjuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

  • Ekonomi Malaysia Dalam Angka menyediakan maklumat mengenai pembangunan ekonomi Malaysia
  • Petunjuk Ekonomi Terkini adalah statistik mengenai prestasi ekonomi makro secara berkala
  • Penerbitan Statistik Ekonomi menyediakan siri data ekonomi terpilih di Malaysia
  • Pendapatan Isi Rumah, Kemiskinan dan Perbelanjaan Isi Rumah mengandungi data berkaitan maklumat pendapatan dan perbelanjaan isi rumah serta data kemiskinan di Malaysia
  • Petunjuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) memberikan gambaran tentang prestasi R&D di Malaysia

Nota: Data statistik ini berdasarkan penerbitan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan dan lain-lain Kementerian/Agensi.