Objektif
- Merancang, menilai dan mengkaji semula dasar-dasar mengenai jalanraya, rel, lapangan terbang, pelabuhan dan kemudahan-kemudahan awam yang memberi sokongan kepada sektor-sektor lain bagi mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi.
- Memastikan perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan-kemudahan awam mencukupi, efisyen dan keberkesanan kos serta ianya dapat disediakan secara kompetitif.
- Mempastikan peruntukan yang mencukupi disediakan selaras dengan keutamaan sektor dan menentukan agensi-agensi yang berkaitan mempunyai kebolehan serta keupayaan yang diperlukan untuk mengimplementasikan program pembangunan.
- Mengawasi dan menyelaras pelaksanaan rancangan-rancangan/ projek dapat dilaksanakan dan disiapkan sebagaimana yang dirancangkan.
Fungsi Utama
- Menggubal dasar-dasar, strategi-strategi, rancangan-rancangan dan program-program berhubung dengan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam termasuk jalan raya dan jambatan, pengangkutan bandar dan rel, pelabuhan, penerbangan awam serta sumber air dan pembentungan.
- Mengubal kriteria-kriteria bagi menilai projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam untuk peringkat kajian dan pelaksanaan.
- Menyediakan senarai projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam bagi peringkat kajian dan pelaksanaan.
- Menyediakan senarai projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam mendapatkan pembiayaan / bantuan teknik asing.
- Menyediakan dokumen Rancangan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Lima Tahun.
- Pemeriksaan anggaran belanjawan tahunan, perubahan skop dan penyediaan notis perubahan bagi projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam.
- Penyediaan kertas kerja / memorandum kepada Jemaah Menteri / Menteri serta agensi-agensi membuat ulasan ke atas Kertas Memorandum Jemaah Menteri.
- Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam.
- Membantu menjalankan tugas-tugas khas yang diarahkan dari masa ke semasa.
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:
- Merancang pembangunan sektor infrastruktur dan kemudahan awam secara proaktif, profesional dan berkesan;
- Melaksanakan tugas-tugas penyediakan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengikut jadual secara profesional, cekap berkualiti dan berkesan;
- Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor-sektor tersebut selaras dengan jadual penyediaan dokumen Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
- Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan perubahan skop projek, pengwujudan projek baru dan menyediakan notis perubahan berhubung dengan pindaan-pindaan siling peruntukan dalam tempoh duan (2) minggu setelah menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/Agensi;
- Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan peruntukan pembangunan tahunan bagi program dan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan
- Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengikut jadual yang ditetapkan;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua (2) minggu;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri / Menteri dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh arahan; dan
- Menjawab semua pertanyaan secara profesional berkaitan dengan infrastruktur dan kemudahan awam dan menyelesaikan masalah secepat mungkin secara tepat, jelas dan bersopan santun.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.
Hubungi Kami
Pengarah
Bahagian Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Kementerian Ekonomi
Aras 3, Kuadran 4, Menara Prisma
No. 26, Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P. Putrajaya
Tel No. : 03-80902421
Fax: -