Objektif

Bahagian Pertanian diamanahkan untuk menggubal dan mengkaji semula dasar pertanian serta menyediakan rancangan jangka sederhana dan panjang yang komprehensif bagi menjadikan sektor pertanian lebih berdaya saing. Di samping itu, Bahagian ini juga bertanggungjawab menyediakan halatuju dasar bagi pemodenan dan pembangunan sektor pertanian yang mampan. Sehubungan itu, tumpuan diberi untuk menggalakkan aktiviti berasaskan pertanian bernilai tinggi serta aktiviti-aktiviti lain di sepanjang rantaian nilai. Bahagian berhasrat untuk membangunkan sektor pertanian untuk memanfaatkan peluang pasaran dan meningkatkan keupayaan sektor dalam menangani isu semasa yang berkaitan.

Fungsi Utama

  • Mengkaji dasar sedia ada serta menggubal dasar dan strategi baru bagi pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani jangka sederhana dan panjang untuk meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi;
  • Menganalisa isu-isu semasa dan trend akan datang berkaitan sektor pertanian serta menjalankan kajian bagi mengenal pasti pendekatan baru untuk meningkatkan inovasi dalam sektor pertanian;
  • Menyediakan peruntukan bagi program dan projek-projek pertanian serta menilai kemajuan dan pencapaian pelaksanaannya; dan
  • Melaksana, menyelaras dan memantau kajian-kajian mengenai pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani.

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:

  • Merancang pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani secara proaktif, profesional dan berkesan;
  • Menyedia Rancangan Pembangunan Lima Tahun (RPLT) dalam tempoh yang ditetapkan secara profesional, cekap dan berkesan;
  • Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor pertanian dan industri asas tani berdasarkan jadual penyediaan dokumen RPLT yang ditetapkan serta selaras dengan pencapaian outcome kerajaan di peringkat nasional;
  • Menganalisa dan menilai cadangan projek-projek baru serta menyediakan notis perubahan berhubung pindaan siling peruntukan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja setelah maklumat yang lengkap diterima daripada Kementerian;
  • Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan belanjawan tahunan bagi program dan projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah RPLT berdasarkan jadual yang telah ditetapkan;
  • Menyedia ulasan terhadap Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan;
  • Menyedia maklum balas bagi pertanyaan-pertanyaan berkaitan pembangunan sektor pertanian secara professional dan menyelesaikan masalah berkaitan dalam tempoh tiga hari; dan
  • Menyediakan ulasan dan pandangan berhubung cadangan projek berkaitan dengan pertanian daripada syarikat/konsortium kepada pihak pengurusan UPE dan memaklumkan keputusan kepada pemohon dalam tempoh sebulan setelah kertas cadangan atau laporan tersebut diterima.

  • PN. NORMA BINTI ALI

    PEMBANTU KHAS PENGARAH 0380902171 norma.ali@ekonomi.gov.my

    EN. MUHAMAD AZIYAN BIN HUSSIM

    TIMBALAN PENGARAH 1 0380902174 aziyan.hussim@ekonomi.gov.my

    KOSONG

    PEMBANTU KHAS TP 1 0380902175 @ekonomi.gov.my

    PN. KHALIMATUN SAADIAH BINTI BINTI MOHD KHALID

    TIMBALAN PENGARAH 2 0380902172 khalimatun.khalid@ekonomi.gov.my

    PN. NORSUZANA BINTI JAAFAR

    PEMBANTU KHAS TP 2 0380902173 norsuzana.jaafar@ekonomi.gov.my

    KOSONG

    KPP (PERIKANAN & TERNAKAN) 0380902179 @ekonomi.gov.my
  • PN. NIK NURASHIKIN BINTI NIK MANSOR

    KPP (INDUSTRI ASAS TANI) 0380902176 nurashikin.mansor@ekonomi.gov.my

    DR. DAYANG RATNASARI BINTI ABU BAKAR

    KPP (KOMODITI INDUSTRI) I 0380902179 dayangratna.bakar@ekonomi.gov.my

    TS. DR. CHITDRAKANTAN SUBRAMANIAM

    KPP (TANAMAN MAKANAN) 0380902178 chitdra.subramaniam@ekonomi.gov.my

    PN. NAZLIAN BINTI ISMAIL

    KPP (KOMODITI INDUSTRI) II 0380902180 nazlian.ismail@ekonomi.gov.my

    CIK NORBAITY BINTI MOHD NOOR

    PP (PERIKANAN & TERNAKAN) 0380902182 norbaity.mnoor@ekonomi.gov.my

    PN. ATASHA BINTI MOHD NOH

    PP (TANAMAN MAKANAN) 0380902192 atasha.mohdnoh@ekonomi.gov.my
  • PN. MAHFUZAH BINTI MOHID

    PP (KOMODITI INDUSTRI) I 0380902184 mahfuzah.mohid@ekonomi.gov.my

    KOSONG

    PP (INDUSTRI ASAS TANI) 0380902183 @ekonomi.gov.my

    PN. NATRA JOSEPH STALIN

    PP (KOMODITI INDUSTRI) II 0380902185 natra.joseph@ekonomi.gov.my

    EN. MUHAMAD AIMAN BIN HALIM

    MySTEP 41 0380902186 aiman.halim@ekonomi.gov.my

    CIK UMAIRAH BINTI ABDUL WAHAB

    MySTEP 41 0380902191 umairah.wahab@ekonomi.gov.my

    CIK NURUL AQILAH BINTI AB RAZAK

    MySTEP 41 0380902181 aqilah.razak@ekonomi.gov.my
  • CIK NUR A'ISYAH BINTI MAHADI

    MySTEP 41 0380902190 nuraisyah.mahadi@ekonomi.gov.my

    PN. AZYYATI BINTI SAMSUDDIN

    KETUA PEMBANTU TADBIR 0380902188 azyyati.samsuddin@ekonomi.gov.my

    EN. MOHAMAD SHAZRIN FIRDAUS BIN ZAKARIA

    PEMBANTU TADBIR (P/O) 0380902187 firdaus.zakaria@ekonomi.gov.my

    PN. NORAINI BINTI SIDEK

    OPERATION ASSISTANT 0380902189 noraini.sidek@ekonomi.gov.my

    EN. MOHAMED NAZRI BIN ABU ZARIN

    PEMANDU nazri.zarin@ekonomi.gov.my

Hubungi Kami

Pengarah
Bahagian Pertanian
Kementerian Ekonomi
Aras 7, Menara Prisma;
No.26, Persiaran perdana, Presint 3;
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan;
62675 W.P Putrajaya
No. Tel.  : 03-80902171