Latar Belakang

Bahagian Pengurusan Maklumat adalah salah satu bahagian yang berperanan dalam memberikan kemudahan perkhidmatan dan sokongan kepada ke semua bahagian di Kementerian Ekonomi.

Objektif

  • Menyediakan kemudahan perkhidmatan komputer kepada bahagian-bahagian di Kementerian Ekonomi dalam membuat perancangan dasar ekonomi Negara. Memastikan kerja-kerja menganalisa data-data ekonomi dapat dilaksanakan dengan mudah, cepat dan sempurna.
  • Menyediakan peralatan dan perisian yang lengkap bagi menampung keperluan kemudahan komputer yang sentiasa berubah-ubah.
  • Memastikan pegawai dan kakitangan Kementerian Ekonomi didedahkan dengan pengetahuan teknologi komputer yang secukupnya iaitu dengan cara mengadakan program latihan yang berterusan.

Fungsi Utama

  • Merancang dan menyediakan sumber-sumber dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyokong objektif dan fungsi Kementerian Ekonomi.
  • Merancang, mengkaji, merekabentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem/aplikasi dan pangkalan data-pangkalan data untuk menyokong fungsi-fungsi pengoperasian dan pengurusan Kementerian Ekonomi.
  • Menyediakan infrastruktur ICT Kementerian Ekonomi seperti merekabentuk, membangun, menyelenggara, menyelaras, menaiktaraf dan mengawasi perjalanan Sistem Rangkaian Komputer Setempat (LAN) dan INTERNET.
  • Mengurus penyelenggaraan dan pengoperasian semua perkakasan dan perisian komputer supaya sentiasa dalam keadaan baik.
  • Mengurus, melaksana, menyelaras, menguatkuasa dan memantau keselamatan ICT di Kementerian Ekonomi.
  • Menyediakan program-program latihan dan pembudayaan ICT di kalangan warga Kementerian Ekonomi.
  • Memberi khidmat nasihat/sokongan dan perkhidmatan ‘help desk' kepada pengguna-pengguna komputer Kementerian Ekonomi.

Sebagai bahagian yang memberikan kemudahan perkhidmatan dan sokongan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada semua bahagian di Kementerian Ekonomi. Bahagian ini berazam akan melaksanakan matlamat dan strategi yang telah ditetapkan bagi memastikan kesemua pelanggan menerima perkhidmatan yang cepat dan berkesan.

Bahagian ini berjanji akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi agar sentiasa bergerak ke arah pencapaian matlamat Kementerian Ekonomi. Dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan, kami berjanji akan:

  • Menyediakan kemudahan ICT yang terkini dan mematuhi piawai yang digariskan oleh Kerajaan;
  • Memastikan rangkaian komputer dan semua sistem aplikasi yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan pengguna, mudah diguna dan berfungsi sepenuhnya disepanjang waktu;
  • Memastikan keselamatan rangkaian komputer, maklumat dalam pangkalan data dan maklumat terperingkat yang lain sentiasa terpelihara;
  • Membangun dan menyiapkan sistem aplikasi berserta dokumentasi dan latihan dalam tempoh tidak melebihi sembilan (9) bulan dari tarikh permohonan diterima, tertakluk kepada keperluan pengguna yang telah dimuktamadkan dan komplikasi sistem yang dibangunkan;
  • Memberi maklumbalas kepada setiap aduan yang diterima dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) hari bekerja, memberi bantuan teknikal dalam tempoh tidak lebih dari dua (2) hari bekerja dan menyelesaikan masalah dalam tempoh tidak lebih dari tiga hingga lima (3 – 5) hari bekerja, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti syarikat pembekal;
  • Memastikan kandungan di Laman Web Kementerian Ekonomi dan laman web lain yang diuruskan Kementerian Ekonomi sentiasa terkini mengikut SOP yang telah ditetapkan dan dapat dicapai di sepanjang masa; 
  • Mengemaskini pangkalan data dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh penerimaan data dan menghasilkan laporan yang telah dimuktamadkan oleh pengguna dalam jangkamasa lima (5) hari dari tarikh permohonan;
  • Menyediakan kemudahan peralatan komputer dengan nisbah satu (1) PC bagi setiap orang pegawai (1:1); dan
  • Memastikan warga Kementerian Ekonomi didedahkan kepada teknologi ICT yang terkini melalui program kesedaran dan latihan secara berkala sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.

Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.

  • CIK NUR ALYA FATINI BINTI AHMAD ZAKI

    PEMBANTU KHAS PENGARAH 0380902321 alyafatini.zaki@ekonomi.gov.my

    PN. KAMARINA BINTI MOHD ZAIN

    KPP APLIKASI & WEB 0380902329 kamarina.zain @ekonomi.gov.my

    PN. FA'IZA HILMI BINTI AZIZ

    KPP TEKNIKAL & INFRASTRUKTUR 0380902322 faiza.aziz@ekonomi.gov.my

    PN. ROHAZITA BINTI MOHAMAD YUSOF

    PP APLIKASI 2 0380902331 rohazita.yusof@ekonomi.gov.my

    PN. NURLIYANA BINTI ABD MALEK

    PP APLIKASI I 0380902330 nurliyana.malek@ekonomi.gov.my

    PN. MUTIA ANGGEREK BINTI JUSOH

    PP OPERASI & KESELAMATAN ICT 0380902344 anggerek.jusoh@ekonomi.gov.my
  • TS. DR. MIMI NURAKMAL BINTI MUSTAPA

    PP KEURUSETIAAN & PEROLEHAN 0380902343 mimi.mustapa @ekonomi.gov.my

    PN. SITI JASMIN BINTI SHEIKH MUSTAFAR

    PP WEB & MULTIMEDIA 0380902332 jasmin.mustafar@ekonomi.gov.my

    KOSONG

    PP PUSAT DATA & RANGKAIAN @ekonomi.gov.my

    KOSONG

    PP STRATEGIK & PENYELARASAN ICT 0380902333 @ekonomi.gov.my

    EN. AHMAD ZULHILMI BIN ABD RAHMAN

    PP APLIKASI 3 0380902328 zulhilmi.rahman@ekonomi.gov.my

    KOSONG

    PERSONEL MYSTEP (SEKSYEN APLIKASI & WEB) @ekonomi.gov.my
  • CIK NOR KAMILA ZAINORDIN

    PERSONEL MYSTEP (SEKSYEN APLIKASI & WEB) 0380902352 kamila.zainordin@ekonomi.gov.my

    CIK NURIAH NASIHAH BINTI KAMARULZAMAN

    PERSONEL MySTEP (SEKSYEN KEURUSETIAAN PENTADBIRAN) 0380902345 nuriah.kamarulzaman@ekonomi.gov.my

    PN. FAUZIAH BINTI OTHMAN

    PPTM APLIKASI I 0380902340 fauziah.othman@ekonomi.gov.my

    PN. NOR SA'ADAH BINTI JASIMIN

    PPTM WEB & MULTIMEDIA 0380902341 norsaadah.jasimin@ekonomi.gov.my

    PN. NORAINI BINTI TALIB

    PPTM APLIKASI II 0380902342 noraini.talib@ekonomi.gov.my

    EN. MOHAMAD SAFIE BIN MISRI

    PPTM APLIKASI II 0380902339 safie.misri@ekonomi.gov.my
  • EN. NIK MOHD AZHAR BIN NIK MOHD AZMI

    PPTM WEB & MULTIMEDIA 0380902337 azhar.azmi@ekonomi.gov.my

    EN. ABDUL KHALID AZAMIR BIN ABDUL HALIM

    PPTM TEKNIKAL & INFRASTRUKTUR 0380902324 khalid.halim@ekonomi.gov.my

    EN. MUHAMMAD NUZLI BIN ZAKARIA

    PPTM APLIKASI I 0380902336 nuzli.zakaria@ekonomi.gov.my

    EN. MOHD FARID BIN MD ALI

    JT TEKNIKAL & INFRASTRUKTUR 0380902325 farid.ali@ekonomi.gov.my

    PN. ZURAIHAN BINTI MD ZAIN

    JT TEKNIKAL & INFRASTRUKTUR 0380902326 zuraihan.zain@ekonomi.gov.my

    EN. MAT SHUKRI BIN ABD RAHMAN

    PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) 0380902338 shukri.rahman@ekonomi.gov.my
  • EN. MOHD FIRDAUS AKMAL BIN ANUAR

    PEMBANTU TADBIR (P/O) 0380902327 firdaus.anuar@ekonomi.gov.my

    ENCIK NIK MUHAMMAD IKMAL BIN MOHAMMAD

    PERSONEL MYSTEP (SEKSYEN TEKNIKAL & INFRASTRUKTUR) ikmal.mohammad@ekonomi.gov.my

    EN. DZAINUDDIN NOR IS BIN HITAM

    PEMBANTU OPERASI 0380902335 noris@ekonomi.gov.my

Hubungi Kami

Pengarah
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Ekonomi
Aras 5, Menara Prisma
No.26, Persiaran Perdana, Presint 3
62675 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-80902320