Latar Belakang
Sejarah penubuhan Bahagian K-Ekonomi (BKE) yang sebelum ini dikenali sebagai Seksyen K-Ekonomi (SKE) merupakan hasil daripada proses penyusunan semula Unit Penilaian, Seksyen Ekonomi Makro, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) pada tahun 2007. Pada awalnya, BKE berfungsi untuk melaksanakan/mewujudkan ekosistem pembangunan sosioekonomi yang kondusif berasaskan pengetahuan serta memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Kemudian, peranan BKE diperluas dengan pertambahan fungsi dasar berkaitan transformasi penyampaian perkhidmatan awam susulan daripada penyediaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (KSP RMK9) pada tahun 2008. Selaras dengan perubahan aliran mega dan globalisasi, peranan BKE sebagai kumpulan perancang strategik ekonomi berasaskan pengetahuan kian berkembang sebagai pemangkin perubahan dasar pendigitalan negara serta ekonomi digital seiring dengan ledakan Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR). BKE akan kekal utuh dan adaptif dalam mengemudi inovasi ekonomi berasaskan pengetahuan, khususnya kepada agenda pendigitalan nasional ke arah transformasi lanskap perkhidmatan awam dan ekonomi digital negara yang mampan..
Objektif
Bahagian K-Ekonomi (BKE) bertanggungjawab sebagai bahagian perancang strategik berkaitan agenda pendigitalan dan penyampaian perkhidmatan awam pada peringkat nasional untuk mencapai objektif seperti berikut:
- Melaksanakan perancangan pembangunan sosioekonomi secara komprehensif ke arah pertumbuhan mampan dan inklusif;
- Mengoptimumkan penggunaan sumber kewangan melalui pengagihan peruntukan pembangunan secara berkesan;
- Melaksanakan pemantauan dan penilaian dasar, program serta projek pembangunan berasaskan outcome; dan
- Memudah cara urusan dengan pihak berkepentingan.
Fungsi Utama
- Perancangan Strategik Pembangunan Sosioekonomi Berasaskan Pengetahuan/Digital
- Menggubal dasar pembangunan sosioekonomi berkaitan agenda pendigitalan dan penyampaian perkhidmatan awam pada peringkat nasional.
- Menjalankan penyelidikan berasaskan pengetahuan/digital.
- Memainkan peranan sebagai perancang strategik dan penasihat kepada Kerajaan berhubung hal ehwal sosioekonomi berasaskan pengetahuan dan pendigitalan.
- Melaksanakan kajian impak berkaitan keampuhan pengetahuan dan digital serta isu-isu tertentu yang boleh digunakan untuk mendukung pertumbuhan sosioekonomi negara.
- Menteri, Majlis Tindakan Ekonomi Negara, MED4IR (Kluster Kerajaan dan Kluster Ekonomi) berkaitan agenda pendigitalan dan penyampaian perkhidmatan awam pada peringkat nasional.
- Menyediakan ulasan/maklum balas/input berkaitan laporan ekonomi daripada badan antarabangsa seperti Asian Pacific Economic Co-operation (APEC), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), World Bank, United Nations dan International Monetary Fund (IMF) agenda pendigitalan dan penyampaian perkhidmatan awam pada peringkat nasional.
- Memperkukuh rancangan pembangunan inklusif, termasuk memperkasakan agenda menokhtahkan kemiskinan melalui pelaksanaan IPR-BMT bagi negeri.
- Pengagihan Sumber Peruntukan
- Merancang dan menilai agihan peruntukan siling dan kos serta memantau pelaksanaan dan perbelanjaan projek pembangunan berkaitan agenda pendigitalan dan penyampaian perkhidmatan awam pada peringkat nasional.
- Melaksanakan penilaian projek pembangunan berkaitan agenda pendigitalan dan penyampaian perkhidmatan awam pada peringkat nasional yang melebihi kos RM50 juta dalam makmal pengurusan nilai (VM Lab).
- Pelaksanaan, Penyelarasan dan Pemantauan Dasar Pembangunan Sosioekonomi
- Memantau kemajuan program, inisiatif dan projek pembangunan ICT dan pendigitalan peringkat nasional, terutamanya di bawah Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Menilai, menyelaras dan memantau pembangunan inklusif, termasuk memperkasakan agenda pembasmian miskin tegar pada peringkat negeri Melaka.
- Pemudah Cara Pihak Berkepentingan
- Menjadi pusat tumpuan atau focal point bagi menyelaras dan memudah cara perkara berkaitan ekonomi digital dan pendigitalan perkhidmatan awam pada peringkat nasional.
- Merancangkan dan melaksanakan kursus pembangunan kapasiti perancang strategik berasaskan pengetahuan dan digital kepada semua warga kementerian secara tahunan.
- Melaksanakan perancangan dasar jangka masa sederhana pada peringkat nasional melalui penyediaan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) yang berkualiti tinggi serta melaksanakan Kajian Separuh Penggal RMLT bagi menilai keberhasilan inisiatif yang digariskan melalui pendekatan keseluruhan negara mengikut jadual yang ditetapkan.
- Merancang, menilai dan memperaku cadangan peruntukan pembangunan tahunan bagi program dan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Pembangunan Lima
- Menyediakan memo notis perubahan projek dalam tempoh 14 hari tertakluk kepada dokumen permohonan yang lengkap.
- Menyediakan ulasan/maklum balas/input bagi Mesyuarat Jemaah Menteri, Majlis Tindakan Ekonomi Negara, MED4IR (Kluster Kerajaan dan Kluster Ekonomi) mengikut jadual yang ditetapkan.
- Menyediakan ulasan/maklum balas/input berkaitan laporan ekonomi daripada badan antarabangsa seperti Asian Pacific Economic Co-operation (APEC), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), World Bank, United Nations dan International Monetary Fund (IMF) mengikut jadual yang ditetapkan.
- Menilai dan memproses permohonan yang lengkap bagi program Inisiatif Pendapatan Rakyat – Pembasmian Kemiskinan Tegar (IPR-BMT) negeri Melaka sebelum diangkat untuk kelulusan Jawatankuasa Penilaian Permohonan Projek (JNPP) pada peringkat pengurusan tertinggi kementerian.
Hubungi Kami
Pengarah
Bahagian K-Ekonomi
Kementerian Ekonomi
Aras 1, Kuadran 4, Menara Prisma
No. 26, Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya
No. Tel. : 03-80902720