Latar Belakang

Bahagian Industri Perkhidmatan (BIP) ditubuhkan dari program penjenamaan semula SIP di bawah Unit Perancang Ekonomi pada tahun 2007. Memulakan operasi pada 1 Ogos 2007, penubuhan Bahagian ini adalah atas justifikasi memberikan lebih perhatian kepada pembangunan sektor perkhidmatan yang dikenal pasti sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Objektif

Bahagian Industri Perkhidmatan (BIP) bertanggungjawab merancang, merangka dasar, strategi dan program pembangunan sektor perkhidmatan dalam usaha mengukuhkan sektor ini sebagai sektor peneraju pertumbuhan ekonomi negara. Dalam mencapai objektif ini, enam (6) unit ditubuhkan selaras dengan sub-sektor tumpuan iaitu:

  • Unit Makro, Kewangan & Kesihatan Swasta
  • Unit Perkhidmatan Profesional & Global, Perdagangan Bilateral & Multilateral
  • Unit Pembinaan, Industri Halal dan Pendidikan Swasta
  • Unit Perkhidmatan Logistik, Perdagangan Pengedaran, Dasar Persaingan dan Perkhidmatan Berkaitan Pembuatan (MRS) 
  • Unit Seni & Budaya
  • Unit Pelancongan

Fungsi Utama

  • Merancang, merangka dasar, strategi serta program pembangunan sektor perkhidmatan.
  • Menilai dan memperaku peruntukan pembangunan.
  • Memantau pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek berdasarkan KPI/hasil.
  • Mengkaji semula dasar, strategi, program dan mencadangkan penyesuaian serta perubahan.
  • Menjalankan penyelidikan ekonomi dan intelligence.

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:

  • Merancang pembangunan sektor perkhidmatan secara produktif, profesional dan berkesan;
  • Menyediakan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun, dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual yang ditetapkan secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan;
  • Menilai dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program/projek mengikut sub-sektor keutamaan selaras dengan jadual penyediaan dokumen Rancangan
  • Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
  • Melaksanakan pemantauan dan penilaian program/projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian
  • Separuh Penggal serta memperaku pindaan siling peruntukan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/Agensi;
  • Menyediakan ulasan terhadap Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan;
    • Ulasan terhadap Memorandum Jemaah Menteri akan disediakan dengan kadar yang lebih singkat mengikut keperluan pelanggan, tertakluk kepada maklumat yang mencukupi;
  • Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Menteri dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh arahan; dan
  • Menjawab semua pertanyaan Parlimen berkaitan sektor perkhidmatan dan mengambil tindakan penyelarasan secepat mungkin secara tepat dan jelas.

  • CIK NORBAIZURA BINTI MOHAMAD YASHIM

    PEMBANTU KHAS PENGARAH 0380902601 norbaizura.yashim@ekonomi.gov.my

    DR. NIK ROZELIN BINTI NIK RAMZI SHAH

    TIMBALAN PENGARAH (MAKRO) 0380902602 rozelin.ramzi@ekonomi.gov.my

    PN. MARSITA BINTI AHMAD

    PEMBANTU KHAS TIMB. PENGARAH (MAKRO) 0380902603 marsita.ahmad@ekonomi.gov.my

    PN. ROZALINAWATI BINTI CHE ROSLEE

    TIMBALAN PENGARAH (SEKTORAL) 0380902604 rozalinawati.roslee@ekonomi.gov.my

    PN. NORSYIHANAWATI BINTI MUHAMAD

    PEMBANTU KHAS TIMB. PENGARAH (SEKTORAL) 0380902605 norsyi.muhamad@ekonomi.gov.my

    PN. ARUNA A/P RAMANATHAN

    KPP PERKHIDMATAN LOGISTIK, PERDAGANGAN PENGEDARAN & DASAR PERSAINGAN 0380902608 aruna.ramanathan@ekonomi.gov.my
  • DR. NASSAR BIN NORDIN

    KPP PELANCONGAN 0380902609 nassar.nordin@ekonomi.gov.my

    PN. NOOR DIANA BINTI MOHAMAD JUSOH

    KPP MAKRO, KEWANGAN DAN KESIHATAN SWASTA 0380902611 diana.mohamad@ekonomi.gov.my

    DR. YUSLIZA BINTI JAMALUT

    KPP SENI & BUDAYA 0380902606 yusliza.jamalut@ekonomi.gov.my

    PN. SURIA HANIE BINTI MOHD HARIS

    KPP PEMBINAAN, INDUSTRI HALAL & PENDIDIKAN SWASTA 0380902610 hanie.haris@ekonomi.gov.my

    PN. NUR SHAHZATULSHIMA BINTI RAMLI

    KPP PERKHIDMATAN PROFESIONAL & GLOBAL, PERDAGANGAN BILATERAL & MULTILATERAL 0380902607 shima.ramli@ekonomi.gov.my

    CIK NABILLAH RASHIDAH BT ABDUL KADIR

    PP PERKHIDMATAN PROFESIONAL & GLOBAL, PERDAGANGAN BILATERAL & MULTILATERAL 0380902614 nabillah.kadir@ekonomi.gov.my
  • CIK LAU LING LING

    PP PERKHIDMATAN LOGISTIK, PERDAGANGAN PENGEDARAN & DASAR PERSAINGAN 0380902615 lau.lingling@ekonomi.gov.my

    EN. KELVIN VINOD A/L KANESON

    PP SENI & BUDAYA 0380902613 kelvin.kaneson@ekonomi.gov.my

    PN. NOR ALIA SYAMIN BINTI MOHD PUAD

    PP MAKRO, KEWANGAN DAN KESIHATAN SWASTA (I) 0380902616 alia.puad@ekonomi.gov.my

    EN. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZULKIFFLIN

    PP MAKRO, KEWANGAN & KESIHATAN SWASTA (II) 0380902617 firdaus.zulkifflin@ekonomi.gov.my

    EN. RADIN MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD FARHAN

    PP PEMBINAAN, INDUSTRI HALAL & PENDIDIKAN SWASTA 0380902622 fawwaz.farhan@ekonomi.gov.my

    EN. FAHURROHMAN BIN KASRUR

    PP PELANCONGAN 0380902612 fahurrohman.kasrur@ekonomi.gov.my
  • PN. NORATILIA BINTI KAMARUDDIN

    MySTEP 03 80902618 noratilia.kamaruddin@ekonomi.gov.my

    CIK NURUL WAHIDAH BINTI MOHD AMIN

    MySTEP 0380902623 wahidah.amin@ekonomi.gov.my

    PN. NUR HASIAH BINTI MOHD YUSOH

    PEMBANTU TADBIR (P/O) 0380902619 hasiah.yusoh@ekonomi.gov.my

    CIK NUR MAISARAH HUSNA BINTI MOHD MAHADEE

    MySTEP 0380902623 nurmaisarah.mahadee@ekonomi.gov.my

    EN. MOHD SAUFI BIN MOHD IDROS

    PEMBANTU OPERASI 0380902620 saufi.idros@ekonomi.gov.my

    AHMAD ZAKI BIN MOHAMAD

    PEMANDU 0380902621 zaki.mohamad@ekonomi.gov.my

Hubungi Kami

Pengarah
Bahagian Industri Perkhidmatan
Kementerian Ekonomi
Aras 1, Menara Prisma, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-8000 8000
Faks : 03-8090 2500