BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
Bahagian Sumber Manusia bertanggungjawab merancang dan mengurus keperluan sumber manusia organisasi, hal ehwal perkhidmatan, faedah dan ganjaran, kemajuan kerjaya, serta pembangunan kompetensi bagi pegawai di Kementerian dan agensi-agensi.
Fungsi
- Merancang pengisian jawatan di Kementerian dan mengurus penempatan sumber manusia yang optimum bagi menyokong pelaksanaan fungsi organisasi yang berkesan. Struktur organisasi dan pengisian jawatan disemak secara berkala mengikut perubahan dan keperluan semasa untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.
- Mengurus hal ehwal perkhidmatan, prestasi dan kenaikan pangkat, serta faedah dan kemudahan bagi pegawai.
- Merancang, menyelaras, dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia melalui latihan/kursus yang dianjurkan oleh kementerian dan pihak luar.
- Mengurus dan menyelaras permohonan daripada pegawai di Kementerian dan agensi untuk menghadiri latihan/kursus berbayar atau yang ditaja oleh penganjur.
- Mengurus dan menyelaras permohonan daripada pegawai di Kementerian dan agensi untuk menyertai program latihan jangka pendek dan jangka panjang yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan agensi kerajaan.
- Mengeluarkan surat lantikan dan menyediakan Penyata Perubahan (Kew.8) untuk pegawai baharu dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
- Menyelesaikan pengesahan pelantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
- Menyelesaikan pemprosesan permohonan penangguhan kerja dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
- Memastikan proses pencalonan untuk pingat dan darjah kebesaran diselesaikan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
- Memproses permohonan daripada pegawai di kementerian dan jabatan untuk menghadiri latihan/kursus berbayar atau yang ditaja oleh penganjur dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memproses permohonan daripada pegawai untuk menyertai program latihan jangka pendek dan jangka panjang yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan agensi kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Hubungi Kami
Pengarah
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Ekonomi
Aras 7, Menara Prisma
No.26 Persiaran Perdana, Presint 3
62675 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-8090 2102