Kementerian Ekonomi menjadi focal point bagi kerjasama antarabangsa dan pembangunan rentas sempadan seperti:

Zon Ekonomi Khas Johor Singapura (JS-SEZ)

Image 1
Image 2
Image 3
Image 4

6 Januari 2025: Yang Berhormat Dato’ Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, menghadiri Majlis Pemeteraian Perjanjian Bersama JS-SEZ di Shangri-La Kuala Lumpur bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, En. Gan Kim Yong, Menteri Besar Johor, Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, serta Menteri Pembangunan Singapura, En. Desmond Lee. Majlis ini menjadi platform penting untuk menandatangani perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS). Acara ini mencerminkan hubungan erat dan kerjasama strategik antara Malaysia dan Singapura dalam memacu pertumbuhan ekonomi serantau serta menangani isu-isu kelestarian global.Kerjasama ini akan membuka peluang baharu bagi pembangunan ekonomi yang mampan dan mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara sahabat.


PERJANJIAN BERSAMA JS-SEZ

7 Januari 2025: Yang Berhormat Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, telah menghadiri Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, yang turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, di mana sesi pertukaran dokumen Perjanjian Bersama JS-SEZ yang telah dimeterai pada 6 Januari 2025 telah dilaksanakan.
JS-SEZ adalah satu kerjasama unik, menggabungkan kelebihan Malaysia dengan sumber tanah yang luas dan asas perindustrian kukuh, serta kepakaran teknologi dan kekuatan kewangan Singapura. Gabungan ini menjadikan JS-SEZ sebagai destinasi pelaburan antarabangsa yang berdaya saing. Sembilan kawasan strategik di Johor, termasuk Iskandar Puteri, Pasir Gudang, dan Pengerang, akan menjadi tumpuan utama. Zon ini menawarkan peluang besar dalam sektor seperti pembuatan, logistik, ekonomi digital, dan tenaga hijau.
Matlamat JS-SEZ adalah jelas: menarik pelaburan bernilai tinggi, mencipta 20,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, dan merealisasikan 100 projek berimpak tinggi dalam tempoh 10 tahun. Ini adalah bukti komitmen Malaysia dan Singapura untuk menyediakan persekitaran pelaburan yang stabil dan progresif. Kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan kedua-dua negara, tetapi juga mempertingkat daya saing rantau Asia Tenggara di peringkat global. JS-SEZ adalah simbol perpaduan, inovasi, dan visi masa depan yang lebih cerah.


Semoga usaha ini membawa manfaat besar kepada rakyat Johor dan Malaysia, serta menjadi inspirasi kepada kerjasama serantau yang lebih erat.

#KementerianEkonomi #JS-SEZ #taatsetia #MalaysiaMADANI

Maklumat lanjut boleh dilayari melalui pautan https://www.irda.com.my/js-sez/