Kementerian Ekonomi melaksanakan pengurusan nilai bagi projek pembangunan melebihi RM50 juta seperti:
Inisiatif Pendapatan Rakyat
IPR memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tegar dan B40 serta meningkatkan pendapatan rakyat melalui inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan pengendali perkhidmatan. IPR akan mewujudkan ekosistem antara pemohon dan pihak berkepentingan.
Inisiatif Kemudahan Rakyat
Projek kecil berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat. Skop projek meliputi projek untuk menyelenggara, menaik taraf, membaiki dan membina infrastruktur awam kecil baharu.