Pada Selasa, 11 November 2025, YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral), Kementerian Ekonomi telah merasmikan program Forum Pelan Tindakan OGSE Nasional 2025 anjuran Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) yang bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.
Bertemakan “Safeguarding OGSE of the Future”, forum ini bertujuan membentangkan status semasa pelaksanaan Pelan Tindakan Industri OGSE Nasional 2021-2030 serta menyampaikan dasar dan pendekatan terkini Kerajaan dalam pembangunan industri minyak, gas & tenaga di Malaysia, termasuk agenda peralihan tenaga negara. Forum ini menyediakan platform bagi pihak Kerajaan, khususnya Kementerian Ekonomi dan agensi seliannya, MPRC, untuk melibat urus pemegang taruh dan pemain industri OGSE.
Forum kali ini menampilkan beberapa pembentangan oleh wakil daripada MPRC, Rystad Energy Sdn Bhd, dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dengan tumpuan kepada industri minyak, gas & tenaga, khusunya tinjauan pasaran dan kemajuan OGSE, agenda peralihan tenaga, serta Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) yang akan diperkenalkan bersama Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS).
Selain itu, Sesi Dialog Industri bersama PETRONAS juga menekankan bagaimana industri OGSE tempatan dapat mengharungi cabaran masa hadapan melalui penerapan teknologi baru dan peningkatan kerjasama strategik bagi memastikan daya tahan dan pertumbuhan jangka panjang industri.
Dalam ucaptama perasmiannya, YBhg. Datuk Badrul Hisham menegaskan komitmen Kerajaan untuk memperkasa daya saing dan kemampanan pemain industri OGSE agar berkembang maju serta kekal relevan dalam landskap tenaga global yang sentiasa berubah.
#KementerianEkonomi #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #taatsetia #MPRC #PelanTindakanOGSE #OGSEBlueprint #OGSE #OilandGasMalaysia #MalaysiaOilandGas #PeralihanTenaga #EnergyTransition