𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 🏆
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan Kementerian Ekonomi atas kejayaan merangkul Tempat Pertama (Champion) dalam AI Immersion Day 2025, anjuran Google dan Awantec pada 20 November 2025 bertempat di Google Malaysia.
Program AI Immersion Day ini bertujuan memperkasakan organisasi, khususnya dalam sektor awam, melalui penyelesaian inovatif berasaskan Kecerdasan Buatan (AI).
Kejayaan ini mencerminkan kepakaran, dedikasi dan komitmen tinggi Kementerian Ekonomi dalam meneroka adaptasi dan potensi AI untuk transformasi pendigitalan.
Dengan penuh penghargaan, ucapan tahniah kepada penerima iaitu Ts. Dr. Faizura Haneem binti Mohamed Ali, Puan Ho Mei Kei, Ts. Mohammad Zulfikri bin Omar, En. Muhammad Yazid bin Ismail dan En. Azman bin Mohd Farok daripada Unit Pangkalan Data Utama, Kementerian Ekonomi atas usaha dan dedikasi di atas kemenangan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar pencapaian cemerlang dan inovasi baharu pada masa hadapan. 🌟🇲🇾
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #Taatsetia #KementerianEkonomi