Pada 6 November 2025, Kelab Kebajikan dan Sukan Kementerian Ekonomi telah menganjurkan Pertandingan Dart dan Karom sempena Karnival Sukan Kementerian Ekonomi 2025 (SuKE 2025). Karnival ini menyaksikan penyertaan aktif warga Kementerian Ekonomi melalui Rumah Sukan Hijau, Biru, dan Merah.
𝐀𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐭 🎯
Rumah Merah muncul sebagai juara dengan meraih 4 pingat emas 🥇 dan 1 pingat perak 🥈, diikuti oleh Rumah Biru dengan 1 pingat emas, 2 pingat perak, dan 2 pingat gangsa 🥉. Sementara itu, Rumah Hijau berjaya memperolehi 2 pingat perak 🥈 dan 3 pingat gangsa 🥉.
𝐀𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐫𝐨𝐦
Rumah Biru mendominasi acara ini dengan 2 pingat emas 🥇 dan 3 pingat perak 🥈, diikuti oleh Rumah Hijau yang meraih 2 pingat emas 🥇, 1 pingat perak 🥈, dan 2 pingat gangsa 🥉. Rumah Merah mencatatkan 1 pingat emas 🥇, 1 pingat perak 🥈, dan 3 pingat gangsa 🥉.
Kedudukan Semasa sehingga 4 acara daripada 9 acara yang dipertandingkan;
🟥 Merah: 9 emas 🥇, 6 perak 🥈, 6 gangsa 🥉
🟦 Biru: 9 emas 🥇, 8 perak 🥈, 4 gangsa 🥉
🟩 Hijau: 3 emas 🥇, 7 perak 🥈, 11 gangsa 🥉 🏆
Jumpa lagi pada acara sukan sempena Karnival SuKE 2025 seterusnya
#KementerianEkonomi #HariSukanNegara #HSN2025 #MalaysiaMadani #RancakkanMadani #MadaniBekerja #Taatseti #SuKE2025