PUTRAJAYA, 10 April 2023 – Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) telah diadakan dan dipengerusikan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi selaku Pengerusi Bersama PEMUDAH.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, PEMUDAH memutuskan untuk memendekkan tempoh proses permohonan permit kerja bagi ekspatriat terutama golongan pelabur serta ahli perniagaan kepada lima hari waktu bekerja berbanding 87 hari sebelum ini.
Selain itu, sebuah program Akademi Industri akan diperkenalkan mulai Jun hadapan dengan menyasarkan seramai 100,000 tenaga kerja yang berkemahiran.