IPOH, 8 Ogos 2023 - Hon. Pol. Lt. Gen. Sakorn Thongmumee, Datuk Bandar Perbandaran Hat Yai, Thailand telah mempengerusikan mesyuarat 6𝙩𝙝 𝙄𝙈𝙏-𝙂𝙏 𝙂𝙧𝙚𝙚𝙣 𝘾𝙞𝙩𝙞𝙚𝙨 𝙈𝙖𝙮𝙤𝙧 𝘾𝙤𝙪𝙣𝙘𝙞𝙡 (GCMC) 𝙈𝙚𝙚𝙩𝙞𝙣𝙜 di Hotel Casuarina, Ipoh, Perak.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Haji Rumaizi bin Baharin @ Md. Daud, Datuk Bandar Ipoh, En. Benny Iskandar, Ketua Lembaga Perancangan Pembangunan Bandar Medan, Indonesia, 𝘼𝙨𝙞𝙖𝙣 𝘿𝙚𝙫𝙚𝙡𝙤𝙥𝙢𝙚𝙣𝙩 𝘽𝙖𝙣𝙠 (ADB), 𝘾𝙚𝙣𝙩𝙧𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙄𝙈𝙏-𝙂𝙏 𝙎𝙪𝙗𝙧𝙚𝙜𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝘾𝙤𝙤𝙥𝙚𝙧𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 (CIMT) dan wakil bandar negara anggota IMT-GT
Mesyuarat GCMC ini antara lain telah membincangkan Laporan CIMT mengenai hasil Mesyuarat IMT-GT GCMC Ke-5, Laporan Bandar Peneraju Pelaksanaan Projek / Aktiviti serta pembentangan Inisiatif Hijau dan Projek Perintis.