Skip to main content
EN

  • Ringkasan Eksekutif
  • Carta Organisasi
  • Visi, Misi & Objektif
  • Pengurusan Tertinggi, Bahagian dan Unit
  • Agensi
  • Ketua Pegawai Digital (CDO)
  • Ketua Pegawai Reformasi (CRO)
  • Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
  • PUSPANITA
  • Sejarah
  • Punca Kuasa
  • Dasar & Falsafah Umum
  • Piagam Pelanggan
  • Kod Etika

  • Perancangan Pembangunan Sosioekonomi
  • Pengagihan Peruntukan
  • Pelaksanaan, Penyelarasan & Pemantauan Program
  • Pemudah Cara

  • Sorotan Sejarah
  • Proses dan Jentera Perancangan
  • Falsafah Pembangunan
  • Horizon Perancangan
  • Dasar-Dasar Utama
  • Rancangan Malaysia

  • Ringkasan
  • Petunjuk Ekonomi Terkini
  • Ekonomi Malaysia Dalam Angka
  • Pendapatan Isi Rumah
  • Penerbitan Ekonomi Berkala

  • Data Terbuka Sektor Awam
  • OpenDOSM
  • PADU
  • Koleksi Media
  • Sumber
  • e-Penyertaan
  • Maklum Balas
  • Undian

  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Peta Laman
  • Direktori
  • Maklum Balas
    • MENGENAI KAMI

      Siapa Kami

      • Ringkasan Eksekutif
      • Carta Organisasi
      • Visi, Misi & Objektif
      • Pengurusan Tertinggi, Bahagian dan Unit
      • Agensi
      • Ketua Pegawai Digital (CDO)
      • Ketua Pegawai Reformasi (CRO)
      • Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
      • PUSPANITA
      • Sejarah
      • Punca Kuasa
      • Dasar & Falsafah Umum
      • Piagam Pelanggan
      • Kod Etika

      Fungsi Kami

      • Perancangan Pembangunan Sosioekonomi
      • Pengagihan Peruntukan
      • Pelaksanaan, Penyelarasan & Pemantauan Program
      • Pemudah Cara
    • MAKLUMAT EKONOMI

      Pembangunan Ekonomi

      • Sorotan Sejarah
      • Proses dan Jentera Perancangan
      • Falsafah Pembangunan
      • Horizon Perancangan
      • Dasar-Dasar Utama
      • Rancangan Malaysia

      Statistik Sosioekonomi

      • Ringkasan
      • Petunjuk Ekonomi Terkini
      • Ekonomi Malaysia Dalam Angka
      • Pendapatan Isi Rumah
      • Penerbitan Ekonomi Berkala

      Perkongsian

      • Data Terbuka Sektor Awam
      • OpenDOSM
      • PADU
      • Koleksi Media
      • Sumber
      • e-Penyertaan
      • Maklum Balas
      • Undian
  • HUBUNGI KAMI
    • Soalan Lazim
    • Hubungi Kami
    • Peta Laman
    • Direktori
    • Maklum Balas
  • EN
Jata Negara

PORTAL RASMI

KEMENTERIAN EKONOMI
  • MENGENAI KAMI
  • MAKLUMAT EKONOMI
  • HUBUNGI KAMI
EN

Siapa Kami

  • Ringkasan Eksekutif
  • Carta Organisasi
  • Visi, Misi & Objektif
  • Pengurusan Tertinggi, Bahagian dan Unit
  • Agensi
  • Ketua Pegawai Digital (CDO)
  • Ketua Pegawai Reformasi (CRO)
  • Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
  • PUSPANITA
  • Sejarah
  • Punca Kuasa
  • Dasar & Falsafah Umum
  • Piagam Pelanggan
  • Kod Etika

Fungsi Kami

  • Perancangan Pembangunan Sosioekonomi
  • Pengagihan Peruntukan
  • Pelaksanaan, Penyelarasan & Pemantauan Program
  • Pemudah Cara

Pembangunan Ekonomi

  • Sorotan Sejarah
  • Proses dan Jentera Perancangan
  • Falsafah Pembangunan
  • Horizon Perancangan
  • Dasar-Dasar Utama
  • Rancangan Malaysia

Statistik Sosioekonomi

  • Ringkasan
  • Petunjuk Ekonomi Terkini
  • Ekonomi Malaysia Dalam Angka
  • Pendapatan Isi Rumah
  • Penerbitan Ekonomi Berkala

Perkongsian

  • Data Terbuka Sektor Awam
  • OpenDOSM
  • PADU
  • Koleksi Media
  • Sumber
  • e-Penyertaan
  • Maklum Balas
  • Undian

Hubungi Kami

  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Peta Laman
  • Direktori
  • Maklum Balas

Ikut Kami Di Sosial Media

10 Januari 2025, Putrajaya - Kementerian Ekonomi telah mengadakan Majlis Sekalung Budi, Sejambak Kasih pada sempena persaraan YBhg. Datuk Dr. Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) yang bersara wajib pada 16 Januari 2025. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi.

Sepanjang 34 tahun tempoh perkhidmatan, YBhg. Datuk Dr. Yatimah telah memberikan sumbangan besar dalam memacu kemajuan negara. Majlis ini diadakan untuk mengiktiraf komitmen yang luar biasa dan menghargai sumbangan beliau dalam melaksanakan tanggungjawab kepada perkhidmatan awam.

Sepanjang kerjaya, YBhg. Datuk Dr. Yatimah telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dalam memperkasakan sosioekonomi dan perangkaan negara.

Sumbangan dan kebijaksanaan beliau tidak hanya memberi impak besar kepada negara, tetapi turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja Kementerian Ekonomi dan agensi di bawahnya. Keupayaan beliau untuk memajukan organisasi dan sektor awam melalui inovasi dan pengurusan strategik dalam memimpin warga kerja kementerian telah memberi suntikan motivasi kepada semua.

Selain itu juga, wanita hebat ini turut bergiat aktif di dalam Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Kebangsaan dengan jawatan terakhir sebagai Naib Yang Dipertua 1 dan Timbalan Pengerusi di PUSPANITA Kementerian Ekonomi.

Warga Kementerian Ekonomi amat menghargai segala usaha, dedikasi, dan langkah yang telah diambil oleh YBhg. Datuk Dr. Yatimah dalam mencapai kecemerlangan sepanjang perkhidmatan beliau. Semoga persaraan ini menjadi permulaan baharu yang penuh makna dalam kehidupan beliau, dan segala pencapaian serta sumbangan beliau akan sentiasa dihargai dan dikenang. Terima kasih atas segala keikhlasan dan khidmat yang telah diberikan kepada negara. Lambaian bakti yang kekal abadi.

Kenangan budi takkan hilang,
Bagaikan bunga mekar di taman,
Setiap jasa tersemat dalam,
Menghargai budi selamanya dikenang.

#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#taatsetia
#MADANIBekerja

Portal Rasmi

Kementerian Ekonomi

Menara Prisma
No. 26, Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya

Tel : 603 8090 2094 / 2095
E-mel : ukk[at]ekonomi[dot]gov[dot]my
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Hak Cipta
  • Penafian
  • Peta Laman
© 2025, Hakcipta Terpelihara, Kementerian Ekonomi
Jumlah Pelawat: 3462
Kemaskini terkini : 19 Disember 2025