13 Mei 2024, Putrajaya - Bahagian Kerjasama Antarabangsa (BKA), Kementerian Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada 𝙅𝙖𝙥𝙖𝙣𝙚𝙨𝙚 𝙑𝙤𝙡𝙪𝙣𝙩𝙚𝙚𝙧𝙨 di bawah 𝙅𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙊𝙫𝙚𝙧𝙨𝙚𝙖𝙨 𝘾𝙤𝙤𝙥𝙚𝙧𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙑𝙤𝙡𝙪𝙣𝙩𝙚𝙚𝙧𝙨 (JOCV) pada 13 Mei 2024 di Menara Prisma, Putrajaya. YBrs. Puan Norhaslinda binti Mat Isa, Ketua Penolong Pengarah (Bilateral), Kementerian Ekonomi telah mempengerusikan kunjungan hormat tersebut bersama pegawai-pegawai dari 𝙅𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙄𝙣𝙩𝙚𝙧𝙣𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝘾𝙤𝙤𝙥𝙚𝙧𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝘼𝙜𝙚𝙣𝙘𝙮 (JICA) Malaysia dan BKA.
Kunjungan hormat ini membincangkan mengenai aktiviti dan perancangan JICA melalui JOCV di Malaysia. Para sukarelawan tersebut akan ditempatkan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur. Pertemuan ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.