18 Disember 2025 - YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi telah mempengerusikan Mesyuarat Pasca-Kabinet (MPK) Pertama 2025 di Kementerian Ekonomi.
Bukan tugas yang ringan tetapi YB Menteri telah menyatakan komitmen sepenuhnya akan diberikan oleh beliau untuk meneruskan serta menyokong sepenuhnya inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi memastikan agenda ekonomi negara dapat dicapai secara menyeluruh. Peluang ini juga diambil untuk mendengar taklimat keseluruhan mengenai dasar dan fokus utama Kementerian Ekonomi.
YB Menteri menyatakan keyakinan bahawa perancangan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) telah dirangka dengan kukuh dan komprehensif, justeru fokus kini adalah kepada pelaksanaan yang berkesan demi manfaat rakyat dan negara.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Datoβ Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral), YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, serta pengurusan tertinggi Kenterian Ekonomi meliputi ketua jabatan dan agensi bawah kementerian.
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#KementerianEkonomi