Kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan industri berimpak tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan bergaji baik, khususnya di wilayah yang sebelum ini kurang membangun.
Pada masa sama, potensi tempatan terus diperkasa melalui pendidikan, keusahawanan dan penambahbaikan perkhidmatan desa, supaya pertumbuhan ekonomi dapat dirasai secara adil oleh rakyat bandar dan luar bandar.
Keberkesanan setiap dasar dinilai secara telus dan berasaskan data, termasuk pertumbuhan ekonomi negeri, penciptaan pekerjaan, peningkatan pendapatan dan penyertaan tenaga kerja bagi memastikan setiap inisiatif memanfaatk rakyat.
Pendekatan ini memastikan pembangunan negara bukan sahaja berkembang pesat, tetapi inklusif, seimbang dan mampan, demi kesejahteraan rakyat.
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMadani
#MadaniBekerja