Sesi Libat Urus Program Jelajah Jalinan Borneo (JJB) Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) melabuhkan tirainya di destinasi terakhir, Tawau, Sabah, selepas menjelajah ke seluruh Borneo dalam usaha memperkukuh penyertaan rakyat dalam proses perancangan pembangunan negara.
Sesi ini diadakan bagi memberikan penerangan yang jelas tentang hala tuju dan fokus utama Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), serta mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada warga Sabah bagi memastikan pembangunan yang dirancang benar-benar memenuhi keperluan rakyat, khususnya di kawasan pedalaman.
Turut hadir, YB Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, bersama YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi, YB Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Merangkap Ahli Parlimen Kalabakan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim Bin Paijan Ketua Eksekutif Sabah Economic Development & Investment Authority (SEDIA), serta wakil-wakil MPT.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga Sabah atas sambutan yang amat menggalakkan serta perkongsian pandangan bernas yang bakal menjadi asas penting dalam merangka dasar pembangunan yang lebih seimbang, inklusif dan berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
#KementerianEkonomi #RancanganMalaysiaKetigaBelas #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #MalaysiaMadani #TaatSetia