Bahagian Perancangan Strategik (BPSt) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah menganjurkan Bengkel Transformasi Kementerian Ekonomi: Pemikiran, Perancangan & Pengurusan Strategik Serta Pengurusan Perubahan pada 29 hingga 30 Oktober 2025 (Rabu hingga Khamis) bertempat di Shaftsbury Asteria Cyberjaya. Bengkel ini telah disertai oleh 50 orang pegawai Kementerian Ekonomi.
Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan keupayaan warga kementerian dalam aspek pemikiran, perancangan dan pengurusan strategik serta menambah baik kemahiran kepimpinan untuk menghadapi dan menguruskan perubahan dalam organisasi serta menyumbang kepada pembangunan pelan strategik kementerian. Melalui bengkel ini, peserta berupaya merangka dan melaksanakan pelan strategik yang holistik, selaras dengan visi, misi serta keutamaan dasar kerajaan. Di samping itu, bengkel ini turut membentuk pegawai yang berperanan sebagai pemimpin dan ejen perubahan yang mampu memacu budaya kerja berprestasi tinggi, kolaboratif dan berorientasikan hasil bagi menyokong agenda reformasi serta pembangunan sosioekonomi negara.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Nuraizah Binti Mohd Zam dan Encik Mohd Syahrizad Bin Mohd Sapandi daripada Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Melalui pendedahan dan latihan yang diberikan, para peserta diharap dapat menerapkan nilai-nilai kepimpinan strategik dan menjadi ejen perubahan yang mampu memacu transformasi positif sejajar dengan visi Kementerian Ekonomi — “Peneraju pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif, progresif dan mampan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#TaatSetia