YBhg. Dato’ Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi mewakili YB Menteri Ekonomi di Mesyuarat Peringkat Menteri BIMP-EAGA Ke-28 di Davao City, Filipina pada 14 November 2025.
Kerjasama BIMP-EAGA merangkumi pelbagai bidang strategik termasuk kesalinghubungan (connectivity), pelaburan, perdagangan dan pelancongan. Kementerian Ekonomi berperanan sebagai focal point serta Sekretariat Kebangsaan Malaysia dalam kerangka kerjasama ini.
Penglibatan aktif Kementerian Ekonomi adalah penting bagi memastikan kepentingan negara terpelihara, di samping memperkukuh kerjasama ekonomi serantau antara negara-negara BIMP-EAGA dan rakan pembangunan lain.
#KementerianEkonomi #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #TaatSetia