Pada 25 November 2025, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Ekonomi, telah mempengerusikan Mesyuarat Ke-17 Jawatankuasa Menteri Bersama Iskandar Malaysia (JMCIM) di Kuala Lumpur. Turut menjadi Pengerusi Bersama adalah Mr. Chee Hong Tat, Minister of National Development Singapura.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor serta Menteri-menteri Kanan Singapura dan YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.
Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada memastikan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) berjalan lancar serta membincangkan berkenaan penstrukturan semula JMCIM kepada Johor–Singapore Cooperation Ministerial Committee (JSCMC) dalam usaha meningkatkan pelaburan dan urusan perniagaan, mengembangkan pembangunan bakat antara kedua-dua negara serta isu berkaitan pergerakan barangan dan personel. Mesyuarat juga membincangkan berhubung proses ratifikasi Perjanjian Bersama yang akan dimuktamadkan semasa Sesi Pemukiman Antara Pemimpin Malaysia-Singapura yang dijadualkan pada awal Disember 2025.
Di bawah usahasama JS-SEZ, Malaysia dan Singapura terus kekal komited bagi memperkukuh kerjasama dua hala melalui pendekatan strategik yang menyokong pertumbuhan ekonomi di kawasan JS-SEZ. 🇲🇾🤝🇸🇬
#KementerianEkonomi #IskandarMalaysia #JSSEZ #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #TaatSetia