21 Januari 2025, Putrajaya - Kementerian Ekonomi dengan kerjasama pemilik bangunan Menara Prisma telah mengadakan Ceramah Keselamatan Kebakaran dan Latihan Pasukan Kebakaran pada 14-16 Januari 2025 dan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nor Azlina binti Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) selaku Pengurus Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT), Menara Prisma.
Ceramah yang diadakan di Bilik Seminar Aras G, Menara Prisma ini telah dihadiri oleh Pasukan ERT dan wakil Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta pemilik bangunan. Ceramah dan latihan selama 3 hari ini adalah penting dalam memperkasakan pengetahuan dan meningkatkan pendedahan kepada semua ahli ERT mengenai prosedur dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terjadi insiden kebakaran dan sebagainya.
Ceramah telah disampaikan oleh wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia iaitu PPgB Dianty Binti Hussain dan PBK I (KUP) Mohd Hanapiah bin Abdul Majid yang telah menyentuh aspek-aspek penting seperti pencegahan kebakaran, tatacara pengungsian bangunan dan prosedur menghadapi insiden kebakaran. Selain itu juga, Pasukan ERT telah dibawa melawat ke kawasan sekitar Menara Prisma untuk melihat peralatan dan kawasan berkaitan sekiranya berlaku insiden kebakaran.
Pada hari terakhir kursus ini, Pasukan ERT telah dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Putrajaya bagi menjalani latihan secara praktikal. Pada sesi ini Pasukan ERT telah diberi taklimat mengenai pemadaman api dan diajar cara-cara menggunakan alat pemadam api dengan betul. Pasukan ERT juga telah diberikan peluang untuk melaksanakan kawad operasi yang merangkumi prosedur pemadaman api menggunakan hos.
Semoga dengan penganjuran ceramah dan latihan ini, Pasukan ERT telah bersedia untuk menangani keadaan sekiranya berlaku insiden kebakaran dan sebagainya.
Terima kasih abang & akak BOMBA!
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#taatsetia
#madanibekerja