PUTRAJAYA, 27 September 2023 - Majlis Penutup Program “𝙒𝙚𝙡𝙡𝙣𝙚𝙨𝙨 𝙈𝙤𝙣𝙩𝙝” telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi di Dewan Melati, Perbadanan Putrajaya.
Majlis penutup turut diserikan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan yang diadakan sepanjang Program “𝙒𝙚𝙡𝙡𝙣𝙚𝙨𝙨 𝙈𝙤𝙣𝙩𝙝” serta cabutan bertuah kepada warga Kementerian Ekonomi. Antara aktiviti lain yang menarik sepanjang Program “𝙒𝙚𝙡𝙡𝙣𝙚𝙨𝙨 𝙈𝙤𝙣𝙩𝙝” adalah Demonstrasi Makanan Sihat, Perkongsian Ilmu: Penggunaan Bahan Kimia dalam Makanan, Tips Kekal Sihat di Pejabat Bersama Abang Bomba Sado, Booth Kesihatan dan Pengumpulan Pakaian untuk Dikitar Semula.