KUALA LUMPUR, 19 OGOS - YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi telah memberi ucaptama dalam 𝙔𝙤𝙪𝙩𝙝 𝙎𝙪𝙨𝙩𝙖𝙞𝙣𝙖𝙗𝙞𝙡𝙞𝙩𝙮 𝙁𝙤𝙧𝙪𝙢 2023 berkaitan 𝙎𝙪𝙨𝙩𝙖𝙞𝙣𝙖𝙗𝙡𝙚 𝙀𝙘𝙤𝙣𝙤𝙢𝙞𝙘 𝙂𝙧𝙤𝙬𝙩𝙝: 𝙃𝙖𝙧𝙣𝙚𝙨𝙨𝙞𝙣𝙜 𝙩𝙝𝙚 𝙋𝙤𝙬𝙚𝙧 𝙤𝙛 𝙔𝙤𝙪𝙩𝙝 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙍𝙚𝙨𝙞𝙡𝙞𝙚𝙣𝙩 𝙁𝙪𝙩𝙪𝙧𝙚 di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur.
Forum ini telah membincangkan mengenai pembangunan inisiatif kemampanan dalam menjadi sebahagian daripada agenda hijau untuk memberi impak positif kepada masa depan Malaysia.
Antara lain, sesi perkongsian berkaitan 𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙮𝙤𝙪𝙩𝙝 𝙖𝙨 𝙘𝙖𝙩𝙖𝙡𝙮𝙨𝙩 𝙛𝙤𝙧 𝙨𝙪𝙨𝙩𝙖𝙞𝙣𝙖𝙗𝙡𝙚 𝙛𝙪𝙩𝙪𝙧𝙚 𝙞𝙣 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 dan ucapan penutup 𝘾𝙖𝙩𝙖𝙡𝙮𝙯𝙞𝙣𝙜 𝙖 𝙨𝙪𝙨𝙩𝙖𝙞𝙣𝙖𝙗𝙡𝙚 𝙛𝙪𝙩𝙪𝙧𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙖𝙣𝙙 𝘼𝙎𝙀𝘼𝙉 𝙧𝙚𝙜𝙞𝙤𝙣 telah disampaikan oleh Encik Asfaazam Bin Kasbani, Pengarah Pusat SDG Negara, Kementerian Ekonomi.