KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama dalam sesi 𝙈𝙞𝙣𝙞𝙨𝙩𝙚𝙧𝙞𝙖𝙡 𝘿𝙞𝙖𝙡𝙤𝙜𝙪𝙚 sempena Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (𝙈𝘾𝙔 𝙎𝙪𝙢𝙢𝙞𝙩 2023) di Connexion, Bangsar South.
Sesi dialog ini membincangkan '𝙏𝙝𝙚 𝙀𝙘𝙤𝙣𝙤𝙢𝙞𝙘𝙨 𝙤𝙛 𝙄𝙣𝙣𝙤𝙫𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣: 𝘼 𝙒𝙝𝙤𝙡𝙚 𝙤𝙛 𝙂𝙤𝙫𝙚𝙧𝙣𝙢𝙚𝙣𝙩 𝘼𝙥𝙥𝙧𝙤𝙖𝙘𝙝 𝙩𝙤𝙬𝙖𝙧𝙙𝙨 𝙄𝙣𝙣𝙤𝙫𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙥𝙚𝙩𝙪𝙞𝙩𝙮'. Kedua-dua Menteri telah berkongsi perspektif, bertukar-tukar idea serta menggariskan rangka kerja dasar untuk pembangunan ekonomi yang mampan, menekankan kepentingan memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk membuka potensi Malaysia terutamanya dalam pengkomersialan.