KEDAH, 9 Julai 2023 - Sesi Libat Urus (SLU) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (KSP RMKe-12) oleh Kementerian Ekonomi diteruskan lagi bersama Kerajaan Negeri Kedah yang dihadiri oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan YAB Datoโ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah.
Sesi Libat Urus ini bertujuan membentangkan mengenai hala tuju pembangunan negara bagi KSP RMKe-12 dan mendapatkan cadangan daripada Kerajaan Negeri mengenai perancangan pembangunan di peringkat Negeri Kedah.
Majlis secara dialog awam (townhall) turut dijalankan bagi perkongsian idea dan sesi soal jawab yang melibatkan YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dengan Kerajaan Negeri Kedah, Industri, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ๐พ๐๐ซ๐๐ก ๐๐ค๐๐๐๐ฉ๐ฎ ๐๐ง๐๐๐ฃ๐๐จ๐๐ฉ๐๐ค๐ฃ (CSO) serta orang awam.