PUTRAJAYA, 15 Jun 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Gan Kim Yong, 𝙈𝙞𝙣𝙞𝙨𝙩𝙚𝙧 𝙤𝙛 𝙏𝙧𝙖𝙙𝙚 𝙖𝙣𝙙 𝙄𝙣𝙙𝙪𝙨𝙩𝙧𝙮 (MTI) 𝙎𝙞𝙣𝙜𝙖𝙥𝙤𝙧𝙚 di Menara Prisma.
Kunjungan hormat tersebut antaranya bagi membincangkan mengenai hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dan Singapura, Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) dan kerjasama dalam ekonomi digital.